Pelbagai komen negatif yang pedas telah dilemparkan kepada pelakon itu kerana mereka menyangka artikel berkenaan dipersetujui dan disokong oleh Sazzy Falak sendiri, walhal akaun facebooknya telah diserahkan kepada pengurus yang ditugaskan untuk menjaga dan mengemaskini.
“Saya jarang mengemas kini akaun Facebook saya, selalunya tugas itu ada pihak pengurusan yang menjaganya. Saya sendiri terkejut dan tidak tahu tentang perkara itu, sumpah saya tidak melakukan perkara itu.”
Menurut isteri kepada Nazril Idrus itu yang ditemui pada program rakaman Melodi Raya, dia sendiri kesal dengan perkongsian berkenaan kerana telah mengguris dan melukakan hati ramai pihak, dipetik dari mStar.
“Jika benar perkara itu berlaku dan ada yang berkongsi gambar tersebut di Facebook saya, saya minta maaf kalau saya telah menimbulkan kemarahan orang ramai. Walaupun saya tidak beberapa jelas dengan perkara itu, namun pendirian saya ialah tidak berpihak kepada pasangan itu.”
Ekoran itu, Sazzy telah menyatakan permohonan maaf kepada semua pihak serta meminta orang ramai supaya tidak memperbesarkan hal itu lagi selain menganggap ianya hanya salah faham dengan pihak pengurusan.
“Saya tak mahu terlalu memikirkan perkara ini. Sebab, saya ada banyak hal lagi untuk diuruskan. Tapi apa-apa pun saya akan rujuk pihak yang menguruskan facebook saya bagi mendapatkan penjelasan sebenar.”