Home » » Tasha Shilla dan Mahali Jasuli kantoi berkepit di Stadium

Tasha Shilla dan Mahali Jasuli kantoi berkepit di Stadium


Tasha Shilla dan Mahali Jasuli kantoi berkepit di Stadium - Hebat sungguh wartawan hiburan menghidu aktiviti harian selebriti dan pemain bolasepak tempatan. Tidak kira di rumah, bercuti nun jauh di sana, di lokasi kerja dan lain-lain, tiada satu pun dapat disembunyikan dari mereka.

Terbaru, pasangan Tasha Shilla dan Mahali Jasuli yang sebelum ini menafikan mereka berdua bercinta turut berjaya dihidu sedang mesra berdua-duaan di bangku simpanan penonton. Ketika itu, Mahali Jasuli tidak dapat diturunkan kerana mengalami kecederaan.

Menurut wartawan utusan malaysia, Tasha Shilla kini semakin rajin ke stadium secara terbuka tanpa berselindung kerana mengetahui sukar untuk merahsiakan sesuatu hubungan itu daripada pengetahuan umum.

Bagi admin, pasangan hebat ini memang tidak salah jika bercinta memandangkan mereka berdua masing-masing masih bujang dan belum berpunya. Bertuah sungguh Mahali Jasuli kerana dapat berdampingan dengan pelakon comel tempatan yang menjadi rebutan dan kegilaan ramai jejaka di luar sana.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger