Kejadian itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 1.05 tengah hari semalam dan menyebabkan kematian seorang warga emas, Isnah Kuayah, 73, manakala dua lagi individu lelaki mengalami kecederaan akibat terkena renjatan elektrik dan tergelincir ketika membuat operasi.
Menurut Ketua Zon Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Ordine Gilu, pihak bomba menerima panggilan pada jam 1.18 tengah hari sebelum menghantar 15 anggota bersama tujuh jentera. Mereka turut dibantu 15 anggota bomba sukarela dari Karamunting selain anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
"Ketika bomba sampai, kebakaran sudah merebak. Kami terpaksa membuat pintasan bagi mengelak lebih banyak rumah musnah. Kebakaran hanya dapat dikawal kira-kira 30 minit selepas itu.”