Home » » Aksi romantik Nelydia Senrose bersama Aiman Hakim Ridza

Aksi romantik Nelydia Senrose bersama Aiman Hakim Ridza


Aksi romantik Nelydia Senrose bersama Aiman Hakim Ridza - Bercerita tentang aktres jelita, Nelydia Senrose yang difahamkan terlalu sibuk sehingga tidak mempunyai cukup masa untuk beraya di kampung, tiba-tiba nama pelakon ini dikaitkan dengan pelakon lelaki drama Vanila Coklat, Aiman Hakim Ridza.

Ada apa antara mereka berdua sehingga menjadi salah satu bahan cerita hiburan dalam akhbar Sinar Harian terhangat hari ini? Mungkinkah mereka sedang dilamun cinta secara senyap-senyap? 

Itu admin kurang pasti namun apa yang menarik untuk diketahui tentang dua pelakon ini ialah cara mereka mula terlibat dalam dunia hiburan. Jika Aiman mula dikenali menerusi program realiti Mentor, Nelydia pula menerusi drama bersiri Spa Q sejak berusia 13 tahun lagi.

Kedua-dua mereka masih muda, sama padan sama cantik dan datang dari latar belakang yang berbeza. Lakonan mereka yang paling melekatkan di hati penonton ialah drama Vanila Coklat dan Setia Hujung Nyawa.




Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger