Awi atau nama sebenarnya Muhammad Nabawi Gunawan, 27, membuat pengakuan itu selepas diminta oleh wartawan untuk memberikan komen tentang kesediaannya mencari pengganti lain dalam masa terdekat ini.
"Tidak adil untuk saya serius dengan mana-mana wanita buat masa ini kerana fokus saya tidak ke arah itu sebaliknya hanya kepada kerjaya muzik saya."
"Tidak adil untuk saya serius dengan mana-mana wanita buat masa ini kerana fokus saya tidak ke arah itu sebaliknya hanya kepada kerjaya muzik saya."
Dalam perkembangan sama, penyanyi itu turut berharap agar tidak lagi dilanda cerita-cerita kontroversi murahan selepas ini. Kalau boleh, dia mahu lebih dikenali menerusi bidang kariernya.
"Saya tidak pernah menyangka akan terlibat dalam pelbagai kontroversi namun saya bersyukur kerana ia juga memperkenalkan saya kepada peminat."
"Bagaimanapun rasanya sudah terlalu banyak cerita yang keluar tentang saya dan harap-harap selepas ini hanya cerita mengenai kerjaya yang diberi perhatian."