Home » » Keputusan Malaysia vs Jepun Hoki Piala Asia 27 Ogos 2013

Keputusan Malaysia vs Jepun Hoki Piala Asia 27 Ogos 2013


Keputusan Malaysia vs Jepun Hoki Piala Asia 2013 - Ketika ini sedang berlangsung perlawanan ketiga kumpulan A bagi kejohanan Hoki Piala Asia 2013 antara Malaysia menentang Jepun di Stadium Hoki Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Perlawanan sengit tersebut bermula seawal jam 8.05 malam dan bersiaran secara langsung di ASTRO Supersport 801.

Tentunya bukan perkara mudah bagi skuad hoki kebangsaan untuk menjinakkan pasukan Jepun memandangkan lawan mereka ini dianggap salah satu pasukan gergasi Asia dan menghuni ranking ke-16 dunia, hanya kurang tiga anak tangga berbanding Malaysia yang berada di ranking ke-13 dunia.

Apapun, bola hoki itu bulat dan sukar untuk menentukan siapakah pemenang malam ini. Harus diingat, misi utama Malaysia ialah untuk meraih tiga mata penuh agar peluang ke peringkat seterusnya akan terus terbuka. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan antara Malaysia menentang Jepun.

Malaysia (4) vs (2) Jepun (FT)

Senarai penjaring gol :
  1. 6' (JPN)
  2. Kawakami 8' (JPN)
  3. Razie Rahim 14' (MSA)
  4. Firhan Ashaari 28' (MSA)
  5. Faizal Saari 25' (MSA)
  6. Azlan Misron (MSA)

Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger