Keputusan Separuh Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 - Kejohanan Badminton Dunia 2013 yang berlangsung di Stadium Tianhe Indoor, Guangzhou, China kini memasuki peringkat separuh akhir dengan Malaysia hanya mempunyai seorang wakil iaitu perseorangan utama negara, Lee Chong Wei.
Agak malang bagi pasangan beregu lelaki negara, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong apabila mereka sekali lagi tewas kepada pasangan korea, Ki Jung Kim/Sa Rang Kim di peringkat suku akhir dengan keputusan 15-21 dan 16-21.
Apapun, kita lupakan episod malang itu dan tumpukan kepada perlawanan antara Lee Chong Wei dan Pengyu Du yang dijadualkan berlangsung sekitar malam nanti.
Berikut ialah keputusan terkini peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Dunia 2013 membabitkan wakil negara. Keputusan ini akan dikemaskini dari masa ke semasa untuk informasi kepada peminat badminton tanah air.
LEE CHONG WEI [1] | 20-22, 21-12, 21-15 | PENGYU DU [3] | ||