Menurut kumpulan Shiro yang dianggotai oleh Shahrol dan Ajak, mereka mengaku pengalaman pahit paling sukar untuk dilupakan ialah ketika ditahan pihak polis gara-gara terlibat dengan lumba haram 12 tahun lalu.
"Kami ditahan polis kerana berlumba haram. Kejadian itu berlaku di Kluang, Johor, masa kami berada di tingkatan lima, pada 2001."
"Dek kerana sikap bodoh sendiri, kami telah ditahan di lokap dan terpaksa dibawa pulang oleh kedua ibu bapa. Masa itu, ibu bapa menangis dan saya telah kena lempang oleh abang kerana perbuatan yang memalukan itu. Selepas kena lempang, saya menangis dan meraung."
"Hari ini kejadian itu menjadi pengajaran yang sangat berguna buat saya dan juga Ajak."

Sehubungan itu, kumpula Shiro yang merupakan pemenang trofi kejuaraan Raja Lawak musim ke-6 menyeru golongan muda agar tidak mencontohi perbuatan mereka.