Home » » Terbongkar Lagi!! Selepas Menteri, DS Nazri Aziz Ada Lagi Menteri Lain Yang Melantik Anak Menantu Pegang "Jawatan Yang Diwartakan".. Jom Terjah!!!

Terbongkar Lagi!! Selepas Menteri, DS Nazri Aziz Ada Lagi Menteri Lain Yang Melantik Anak Menantu Pegang "Jawatan Yang Diwartakan".. Jom Terjah!!!

Masih ada ahli keluarga sesetengah anggota pentadbiran Najib dibayar kementerian, bercanggah dengan arahan Putrajaya bahawa mereka hanya boleh bekerja di kawasan Parlimen.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim mempunyai anak perempuan yang bekerja di pejabatnya sementara menantu Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman turut bekerja dengannya.

Shahidan enggan memberikan komen apabila ditanya oleh The Malaysian Insider.

“Tiada sesiapa yang bercakap mengenai perkara ini dan saya juga tidak mahu bercakap mengenainya,” katanya apabila ditemui di Majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya semalam.

Apabila ditanya lagi sama ada anak perempuannya Nur Shafizah adalah setiausaha sulitnya satu “jawatan yang diwartakan”, Shahidan mengulangi tidak mahu bercakap mengenainya.
“Cukup-cukuplah mencari kesalahan saya. Saya sudah mengalami masa yang sukar di Parlimen,” katanya.

Tajuddin juga tidak mahu mengakui atau menafikan menantunya, Firdaus Mufazal Faiz bekerja dengannya.

“Mereka tidak tahu hujung pangkal. Ini adalah politik murahan,” kata Tajuddin.

Pengambilan ahli keluarga untuk “jawatan yang diwartakan” heboh apabila Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz dikatakan menggajikan anaknya Muhammad Nedim untuk bekerja di kementerian, membangkitkan tentang isu nepotisme dan kronisme.

Datuk Seri Nazri Aziz dakwa gaji anaknya, Nedim bukan dibayar oleh kerajaan.Bagaimanapun, Nazri menjelaskan anaknya, Nedim tidak dilantik secara rasmi sebagai pegawai khas kementerian akan tetapi bekerja dengannya untuk menguruskan anak muda “Gen Y” di kawasan Parlimen Padang Rengas di Perak.

Katanya, gaji Nedim tidak dibayar kerajaan tetapi dibayar sendiri olehnya.

Sebagai respon terhadap kritikan kepada Nazri, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan tidak ada masalah jika menteri atau anggota pentadbiran kerajaan mengambil ahli keluarga mereka sebagai pembantu jika tidak melibatkan gaji atau elaun dari kerajaan.

"Ini prinsipnya, prinsipnya ahli keluarga tidak boleh ditempatkan di pejabat menteri.

"Jadi tiada wang kerajaan yang digunakan untuk membiayai kerja yang anak beliau lakukan kerana itu kerja sukarelawan semata-mata," kata perdana menteri.


Najib juga berkata, anggota pentadbirannya boleh megambil ahli keluarga untuk bekerja di kawasan Parlimen. 

~the malaysian insider
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger