Home » » Terkini!! Apa Dah Jadi - Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Letak Jawatan, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!

Terkini!! Apa Dah Jadi - Jurulatih Selangor, Irfan Bakti Letak Jawatan, Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!!


Bye-bye Selangor??

Semalam Selangor mengalami kekalahan kedua berturut-turut dalam kempen Piala Malaysia untuk tahun ini. Apa yang memeritkan ialah mereka tewas 0-3 kepada sebuah pasukan kelab dari Liga Perdana iaitu Sime Darby. Akibat dari itu, sekumpulan penyokong Selangor telah berkumpul dan berkerumun di sekeliling bas pemain Selangor sejurus selepas permainan tamat sebagai tanda protes.
Terbaru, jurulatih Selangor, Irfan Bakti pula diberitakan telah meletak jawatan petang tadi.

Sports 247 melaporkan bahawa Irfan Bakti telah pun menghantar surat perletakan jawatannya petang tadi. Beliau juga menyatakan bahawa selepas dua tahun membimbing Selangor, beliau gagal membawa sebarang piala pada Selangor.

Sokernet pula melaporkan bahawa Setiausaha Persatuan Bolasepak Selangor menafikan Irfan sudah menghantar surat perletakan jawatan. Walaubagaimanapun, laman Facebook Irfan Bakti menunjukkan statusnya bertulis "Resigned". 


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger