Home » » Teruja kahwin, Haliza Misbun buang ego suka memilih lelaki

Teruja kahwin, Haliza Misbun buang ego suka memilih lelaki


Teruja kahwin, Haliza Misbun buang ego memilih lelaki - Selepas membujang berpuluh tahun lamanya sehingga usia kini sudah mencecah 40 tahun, pelakon dan penerbit, Haliza Misbun akhirnya bersedia untuk berkahwin dengan mana-mana lelaki yang ikhlas menikahinya.

Menurut pelakon filem Andartu Terlampau itu, walaupun dia tidak pernah berasa sunyi dalam menjalani kehidupannya yang masih solo namun tidak akan menolak jika ada lelaki yang benar-benar ikhlas untuk memperisterikannya.

"Kalau ada lelaki yang betul-betul ikhlas, saya akan menerimanya. Saya dah bersedia untuk berkahwin."

"Kalau dulu memang saya agak memilih tapi sekarang saya tidak kisah sama ada orang tempatan atau luar negara."

Untuk pengetahuan, Haliza sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan lelaki dari luar negara termasuk pelakon Indonesia, Ari Wibowo.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger