Home » » Adi Putra nafi gambar dan SMS lucah miliknya

Adi Putra nafi gambar dan SMS lucah miliknya


Adi Putra nafi gambar dan SMS lucah miliknya - Selepas lebih seminggu berdiam diri dari memberikan sebarang kenyataan balas berhubung skandal dirinya dengan seorang wanita dikenali Aida, pelakon KL Gangster itu akhirnya mengaku tidak mengenali isteri ahli perniagaan berkenaan.

Kenyataan terbaru ini bukan sahaja menafikan dirinya telah menghantar mesej dan gambar-gambar lucah kepada Aida menerusi aplikasi WhatsApp Messenger pada awal Ogos lalu malah turut menimbulkan kebingungan berterusan di kalangan peminat, dipetik dari kosmo.

Menurut Adi Putra, 32, dia masih berada di Mekah pada awal Ogos lalu kerana menunaikan umrah dan tidak mungkin dia boleh melakukan perbuatan terkutuk itu.

"Secara jujurnya saya tidak mengenali wanita itu dan mana mungkin saya melakukan perbuatan itu di Tanah Suci."


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger