Home » » Al-Fatihah: Pejuang Tulisan Jawi, Mohammad @ Mokhtar Talib atau Pak Matlob Kembali Ke Rahmatullah..

Al-Fatihah: Pejuang Tulisan Jawi, Mohammad @ Mokhtar Talib atau Pak Matlob Kembali Ke Rahmatullah..



Batu Pahat: Pejuang tulisan jawi, Mohammad @ Mokhtar Talib atau Pak Matlob, yang uzur selepas diserang angin ahmar kira-kira dua tahun lalu, meninggal dunia di rumahnya di Semerah, dekat sini semalam. 

Matlob, 76, menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.10 petang semalam di sisi isterinya, Kalifah Md Yusof, 60, selepas demam sejak dua hari lalu. 


Bekas guru itu lumpuh dan terpaksa menggunakan kerusi roda, meninggal dunia selepas selesai majlis marhaban yang diadakan di rumahnya sempena Aidilfitri. Kalifah berkata, suaminya yang dilahirkan 5 Julai 1937 serta aktif memperjuangkan tulisan jawi dan menghasilkan lebih 20 judul buku panduan mengajar tulisan itu selain lebih 100 novel remaja dan kanak-kanak serta skrip drama, kelihatan sihat ketika melayan kumpulan marhaban, malah sempat meminta maaf kepada semua.



“Tidak lama selepas kumpulan marhaban pulang, saya rasa tangan arwah sejuk, matanya asyik memandang muka saya dan selang beberapa minit kemudian, arwah memalingkan muka dan memejam mata. Dia pergi dengan senang dan tenang. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nibong, dekat sini pagi esok (hari ini),” katanya.
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger