Home » » Fizo Omar nafi cintakan Shila Amzah, hanya anggap adik

Fizo Omar nafi cintakan Shila Amzah, hanya anggap adik


Fizo Omar nafi cintakan Shila Amzah, hanya anggap adik - Hubungan baik yang terjalin antara Fizo Omar dan keluarga Shila Amzah memang diketahui umum dari dulu lagi, malah mereka ibarat sudah seperti adik-beradik kandung.

Bagimanapun, terdapat gosip liar mengatakan pelakon kacak itu sengaja hendak merapatkan diri dengan keluarga ND Lala kerana mahu menumpang populariti yang dikecapi oleh Shila Amzah.

Ketika dipetik dari mstar online semalam, Fizo tampil menafikan dakwaan tersebut dan memberitahu bahawa dia dan keluarga penyanyi lagu Patah Seribu itu memang sudah rapat sejak zaman remaja lagi.

"Keluarga saya dan keluarga Shila memang sudah lama rapat dan kami sudah seperti bersaudara, ibu saya sangat rapat dengan ibu Shila."

"Saya kenal Shila dari zaman remaja, saya bangga dia dapat menghadapi ujian percintaannya yang bagi saya sangat sukar untuk berhadapan dengan cinta terhalang dan tidak direstui."

Dalam perkembangan lain, Fizo turut menolak dakwaan kononnya dia ada menyimpan perasaan cinta terhadap Shila Amzah kerana dirinya telah menganggap bekas kekasih Sharnaaz itu seperti adik kandung.

"Saya anggap Shila seperti adik kerana jika dia ada masalah, dia akan minta nasihat saya dan pandangan daripada seorang abang."

Untuk pengetahuan, Fizo akan bertunang tidak lama lagi dengan Pengurus Pemasaran jenama Tudung FAREEDA, Mawar Abdul Karim. Memang cantik orangnya dan seorang businesswoman.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger