Home » » Gambar perkahwinan Black Mentor dan Naquia Yasirah (27 Photo)

Gambar perkahwinan Black Mentor dan Naquia Yasirah (27 Photo)


Gambar perkahwinan Black Mentor dan Naquia Yasirah - Tahniah kepada Black Mentor atau nama sebenarnya Hanifah Md Hanafiah, 26, selepas penyanyi itu selamat bergelar suami kepada Naquia Yasirah Binti Mohammad Khairi, 28, atau Chira Khairi di Zebra Square, Kampung Pandan sekitar jam 12.10 tengahari tadi.

Pasangan ini diijabkabulkan oleh bapa Naquia Yasirah sendiri dengan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran berjumlah RM12 ribu di hadapan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Bukit Bandaraya.

Kedua-dua Black Mentor dan Naquia Yasirah yang mengenakan persalinan rona putih tersenyum sepanjang majlis akad nikah berlangsung. Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak lelaki.

Dulang-dulang hantaran dari pihak lelaki berupa sepasang kasut berjenama Charles & Keith, beg tangan berjenama Channel, sebentuk cincin, set pewangi BVLGARI, iPad Mini, set kosmetik Kanebo, dan sepasang telekung.

Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar majlis pernikahan Black Mentor dan Naquia Yasirah yang dihadiri kira-kira 200 tetamu termasuk pihak keluarga dan juga rakan-rakan terdekat kedua buah keluarga. Kredit kepada portal ohbulan dan rotikaya.





























Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger