Home » » Ika Nabila kongsi gambar anjing kepada peminat untuk balas dendam

Ika Nabila kongsi gambar anjing kepada peminat untuk balas dendam


Ika Nabila kongsi gambar anjing kepada peminat - Tindakan salah seorang peminat meminta gambar bogelnya menerusi laman sosial bulan lepas telah mengundang kemarahan pelakon Ika Nabila.

Dia kemudiannya memuatnaik sekeping gambar anjing disertakan statement panjang yang cukup pedas dan kesat sebagai membalas dendam kebiadapan peminatnya di laman Instagram.

Mengulas lebih lanjut berkenaan tindakannya itu, Ika Nabila memberitahu bahawa membalas komen pengikut laman sosial Instagram miliknya dengan cara yang kasar bukanlah sesuatu perkara yang boleh dianggap biadab.

"Saya rasa tindakan itu tidak biadab kerana mereka yang memulakan dulu dengan menyuruh saya melakukan perbuatan yang tidak senonoh. Mereka yang terlalu biadab bagi saya dan perbuatan itu memang seharusnya dibalas dengan tindakan kasar (memuat naik gambar anjing)."




Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger