Home » » Punca RON97 naik 15 sen seliter mulai 5 September 2013

Punca RON97 naik 15 sen seliter mulai 5 September 2013


Punca RON97 naik 15 sen seliter mulai 5 September 2013 - Kenaikan harga minyak petrol RON95 pada kadar 20 sen seliter menjadikan minyak itu kini berharga RM2.10 seliter. Bagaimanapun, jika harga ini dicampur dengan 63 sen subsidi yang didakwa kerajaan, jumlah keseluruhan ialah RM2.73.

Dengan harga minyak petrol RON97 tanpa subsidi ialah RM2.70, ini bermakna harga RON95 lebih mahal 3 sen berbanding RON97 sedangkan kualiti RON95 memang jauh lebih rendah dari RON97.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku dengan analisis kerajaan sebelum ini? Adakah berlaku selisih dalam pengiraan harga sebenar subsidi yang diberikan kepada rakyat? Kenapa tidak diberi sahaja subsidi 60 sen kepada RON97?

Susulan banyak pertikaian dan persoalan seperti di atas melalui laman-laman sosial, kerajaan difahamkan segera bertindak menaikkan harga RN97 sebanyak 15 sen, menjadikan harganya terkini ialah RM2.85 selitar.

Maklumat terbaru ini diperolehi menerusi artikel tulisan yang dikongsikan oleh portal arenakereta dan blogger kafeque selain post-post tidak rasmi di laman Faceebook, Twitter dan Instagram. Presiden Persatuan Peniaga Petroleum Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman turut mengesahkan kenaikan harga itu dalam satu sidang akhbar semalam.

Menurutnya, punca kenaikan RON97 ada kaitan dengan kenaikan harga minyak dunia baru-baru ini selepas wujud kebimbangan terhadap ancaman Amerika Syarikat untuk menyerang Syria. Selain itu, nilai ringgit Malaysia (MYR) kini telah menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (USD).


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger