Home » » Respon Aida Yusof kontroversi Adi Putra main isteri orang

Respon Aida Yusof kontroversi Adi Putra main isteri orang


Respon Aida Yusof kontroversi Adi Putra main isteri orang - Kontroversi skandal Adi Putra dengan isteri seorang ahli perniagaan dikenali Nooraida Binti Abdul Talib terus hangat diperkatakan sepanjang hari ini selepas isteri pelakon itu, Aida Yusof, turut tampil mempertahankan tindakan suaminya.

Menurut Aida, orang ramai mungkin mula berpandangan serong terhadap Adi Putra namun dia tidak mempercayainya kerana mengetahui perkara sebenar yang berlaku antara suaminya dan Nooraida.

"Orang boleh berkata apa saja mengenai suami saya, tetapi saya lebih mempercayainya kerana saya tahu apa yang sebenarnya berlaku. Kontroversi ini juga tidak akan menggugat rumah tangga kami, malah saya tidak pernah meragui dirinya.

Adi tidak melarikan diri ke mana-mana. Dia dalam keadaan baik-baik saja dan langsung tidak tertekan dengan cerita sebegitu. Dia berdiam diri pun kerana tidak mahu mengganggu kerja polis. Lagipun, kes ini masih dalam siasatan."


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger