Home » » Post Mortem: Penjelasan Kejadian Sebenar Isu Kereta Polis Diterbalikkan.. Jom Terjah!!!

Post Mortem: Penjelasan Kejadian Sebenar Isu Kereta Polis Diterbalikkan.. Jom Terjah!!!



Video dibawah paling jelas bagaimana kereta polis merempuh peserta BERSIH 3.0setelah terbabas.



" Ada orang baling batu pada kereta polis. Patutlah.. "

" Sapa2? Sapa yang kurang ajar sangat tue? Ada rakam tak gambar dia? " Aku tanya.

Pakcik india potpet2 sambil berjalan depan aku. Aku masa neh dah tanggal lencana bersih. Tujuan nya? Sebab aku nak meronda2 tanpa dikejar polis. Kalau aku pakai lencana bersih maka polis akan tahu aku pendemo bersih. 

Jadi strategi aku memakai baju putih = baju rasmi pengamal media [baju kaler lain pun boleh, tapi kalau pakai baju putih, pakai pas dan bawa kamera automatik orang dah boleh detect sebagai wartawan] adalah untuk neh. Ini tujuannya, untuk melakukan apa2 yang aku rasa perlu dan patut dilakukan.

Oke, lupakan hal neh. Kita citer pasal kereta dulu.

Betul ke provokasi datang dari pendemo bersih ?

Punca provokasi sebenarnya sebab mereka kena serang dengan teargas. Marah. Nak cakap LRT kena tutup? Takde kaitan. Untuk rekod, LRT jalan bandaran tidak ditutup, cuma masjid jamek dan plaza rakyat jek. Aku kan dari LRT semenjak2 dari tadi.. dok pusing2 kat situ last2 tetap sangkut kat MASJID JAMEK. Hanya masjid jamek jek dari kedua2 arah, sri petaling dan ampang serta plaza rakyat dia shutdown tadi.

Kalau dorang cakap LRT tue kena tutup ia mungkin selepas insiden provokasi. Sebelum provokasi lrt tue bebas digunakan sebenarnya. Yang aku tahu kat situ ada monorel. Yang tue aku dengar citer ditutup. Fakta atau tidak aku taktau. Aku cuma dengar citer.

Sekarang mari kita lihat video kat bawah neh oke ;

 

Ini part 1. Yang neh pun dah cukup sebenarnya untuk explain apa yang berlaku. Harus diingat, aku tak kenal langsung sapa uncle india tue dan uncle india tue pula hanya mengomel2 sendiri bukan pergi kecoh2kan kat orang kereta polis kena baling batu. Bila aku dah dengar aku cakap apa2 yang patut then aku pergi ke lokasi kejadian yang mana dah clear masa tue [polis dah took over].

Lihat jek gambar kat bawah neh dulu ;


- Ada kon

- Ada batu

- Lampu kereta pecah

- Kereta kemek

- Kaki sempat tendang kereta.. maksudnya kelajuan kereta neh dah berkurang atas sesuatu sebab.

- Cermin kereta pecah. Baling botol air boleh pecahkan cermin ka? Kalau tengah memandu ko baling batu cermin pecah kena muka ko macam mana ko nak memandu dengan betul?

Lihat gambar kat bawah neh pula ;

Individu neh secara tidak sengaja di langgar oleh polis. Tapi apa info yang sampai kat telinga aku? Polis bawa kereta laju2 sampai langgar seorang budak remaja sehingga maut.


Ini bukan darah azri tapi darah indidivu yang dilanggar tue. Tolong betulkan fakta anda.


Ini cameraman. Dia sedang keluar dari kereta. Kenapa? Sebab dia nak tolong polis yang berada dalam kereta tue.

Anak panah merah ialah pembelasah. Anak panah hijau orang yang sedang cuba menolong. Last2 dia surrender sebab dengan dia2 sekali kena tibai. Azri juga membalas balik asakan. Itu normal sebab refleksi nak melindungi diri. Dia juga nak jaga filem dia. Dan dengan gambar neh mohon amek tindakan ke atas pencetus provokasi. Penting untuk menjaga kredibliti bersih.


Lihat gambar kat atas neh. Nampak apa yang aku nampak? Kepala pemandu dah ke atas stereng. Napa? Yang korang g belasah kereta dia sapa suruh? Sapa suruh lompat atas kereta dia? Sapa suruh bertindak kasar? Sapa suruh jadi samseng, kurang ajar dan biadap?


Anak panah merah = pembelasah kereta polis. Anak panah merah [arh aku dah malas nak tukar kaler dia kepada lain] = azri, individu yang dibelasah. Dia mai dari arah bertentangan. Dia mai nak tolong. Sebab apa? Aku rasa dia neh kot antara cameraman yang dilantik oleh polis. Dia kena rakam semua perkara2 yang berlaku. Last2 kena tibai dengan orang. Adoi.

Dan diharapkan dengan gambar neh penganjur bersih boleh membersihkan nama baik bersih dengan menyerahkan mereka kepada pihak polis kerana bertindak liar ketika berhimpun.


Anak panah hijau = penghenti provokasi. 


Anak panah hijau = penghalang / pelindung. Anak panah merah = pembelasah. Kenapa dia belasah azri? Dia tak perasan kot azri mai dari arah bertentangan. Lepas belasah azri dia letak kon dalam kereta then dia lari. Kon tue tak kena polis yang berada dalam kereta tue dan aku tatau apa motif dia enh. 

Sekali lagi perhatikan aksi membelasah dia kat bawah neh ;


Ada pendemo bersih yang balon si azri neh gak. Jangan2 dorang neh salah sangka ingat dia polis yang melanggar pendemo bersih. Dah korang baling2 batu, lepas tue nak salahkan orang terlanggar plak apa ke hel?



Individu yang baling kon tue = individu yang sama terbalikkan kereta = lepas tue rasa bangga sebab dapat terbalikkan kereta. Pada awalnya pendemo bersih ingatkan ada orang bawah kereta tapi takde.. tapi lepas tue oke lah dorang cuma rakam tapi apahal ada 3 orang individu tersebut bersorak termasuk yang pakai baju oren tue hah?

Dorang2 neh tak pakai baju bersih dan buat provoke sana sini. Individu yang baling kon tue juga baling pada pendemo bersih oke. Lihat video selangortv kat sini sendiri. Jadi diharap penganjur bersih boleh bersikap adil dalam isu neh. Siasat siapa mereka dan kenapa mereka berbuat demikian.


Anak panah merah = yang cuba melindungi polis. Yang belasah2 tadi tue dah lari kemana? Anak panah hijau menunjukkan pistol polis yang terdedah.. ermm..  memang kalau nak rembat semudah ABC jek.

Kesimpulannya kat sini ialah ;

1. Aku tak kenal siapa yang buat provokasi, kalau korang kata mereka pelakon, penyamar, sb atau apa maka biarkan sahaja bersih serahkan mereka kepada polis untuk dinilai. Kita boleh trace mereka semula berdasarkan video2 yang wujud. Bukan kah kita dah ada teknologi perincian gambar ? Mari kita kaji kebenaran neh bersama2. 

2. Kebanyakkan yang provoke tak pakai pun baju bersih. Ini analisis aku. Mungkin dorang neh ikut ikutan. Maksudnya dia tengok tiba2 ada crowd bersih jadi dia pun sibuk2 ikut. Pada asalnya dia bukan nak join bersih. Mungkin dia berjalan2 kat kl. 

Oleh kerana dia tatau bahawa kita dilarang berbuat provokasi maka dia pun berbuat sesuka ahti dia. Namun yang lebih menyedihkan ialah kenapa yang menghalang tersangatlah kurang berbanding dari yang menyorak? Kalau aku ada disitu sah2 aku sound then rakam, tangkap gambar dorang jelas2 dan paparkan di blog aku inilah pencetus provokasi. Aku tak kesah der. Kalau ko provoke ko tetaplah provoke. Ko jangan bagi alasan haktui kat aku oke. 

Apatah lagi dah dipesan bahawa sesiapa yang memprovokasi akan dianggap sb dan kita sewajarnya menghentikan mereka.. tetapi kenapa crowd sogo tak alert pasal neh? Disebabkan anda terlalu lemah menghalang mereka, maka seluruh bersih 3 menjadi mangsa kini.  Aku, ko dan kita seme tak pasal2. Kalau pun sungguh dia sb, so what? HALANG lah.. HALANG..takan seratus dua ratus orang kat situ pun SB gak kot?

3. Mana unit amal? Unit amal tiada. Itu lah punca masalah neh menjadi besar. Hadirin terlalu ramai. Unit amal tersangatnya kurang. Unit amal terlatih dalam menanggani sebarang bentuk provokasi. Bukan salahkan unit amal ye. Cuma menegaskan betapa pentingnya unit amal dalam kes seperti neh. Apabila hadirin berpecah selepas diserang teargas, peluang untuk mereka bertindak agresif memang terbuka. 

Ia perkara normal sebenarnya. Selalu sangat dah bersabar akhirnya dapat peluang untuk belasah polis, memang lah amek cukup2. Tapi sayang, tindakan neh tersangatlah salah. Sudah sewajibnya bersih menghantar individu2 yang terlibat dalam provokasi neh kepada mereka2 yang berkuasa. Walaupun mungkin ada yang secara tidak sengaja terpengaruh untuk melakukan provokasi ia tetaplah salah.

Aku sangat percaya memang wujud sb di mana2 tetapi kan.. aku lebih2 lagi percaya ia bukan masalah SB, ia adalah bagaimana cara kita mengawal situasi. Kalau letak 10 SB dihadapan kita sekalipun, kalau kita pandai kawal keadaan kita tetaplah pandai kawal keadaan, kalau kita tak pandai kawal keadaan, takde SB sekalipun kita tetap boleh terbabas. Renungkan.

Updated ;

Bukti yang lebih jelas bahawa azri datang dari arah bertentangan. Dia bukan pemandu kereta tersebut. Aku cadangkan jadi orang belajar cari fakta sebelum tuduh melulu. tenkiu.



Ameno : Sila dakwa 7 individu di atas neh ye. tq


Read more: SUMBER
Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger