Dalam kenyataan balas terhadap Hans Isaac, Neelofa berkata beliau terharu dengan kesanggupan lelaki itu untuk menunggu. Bagaimanapun, Neelofa masih mempertimbangkan status dan perbezaan umur mereka berdua sebelum benar-benar dapat membuat sebarang keputusan.
“Kami banyak berbincang untuk ke arah yang lebih serius, cuma masih belum buat sebarang keputusan. Perbincangan itu bukan atas faktor usianya. Biarlah ada masa yang sesuai kerana kami mahukan perkara ini berkekalan.
“Ada juga dia perkatakan hal ini, tapi dia tidak mendesak. Dia sangat memahami. Insya Allah, ada masa sesuai perbincangan akan diteruskan” ujar Neelofa kepada Media Hiburan.