Sebagai abang, aktor kacak Remy Ishak berkata, dia berasa bangga apabila adiknya Lans Koperal Mohammad Fairul Azmi Ishak, 28, telah diamanahkan untuk menentang penceroboh Sulu di Lahat Datu, Sabah. Bagaimanapun Remy mengakui timbul rasa bimbang dalam diri untuk melepaskan adiknya itu pergi bertugas di sana.
Tetapi demi tanggungjawab besar dalam menyelamatkan negara daripada diceroboh, Remy berkata dia hanya berserah kepada Allah berharap dia dan semua yang berada di sana selamat.
“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.
“Saya susah nak cakap perasaan saya sekarang, sebagai abang sudah tentu saya rasa sangat bimbang tapi tanggungjawab dia sebagai tentera lebih utama untuk negara.
"Saya menyerahkan segala-galanya kepada Allah dan berharap dia dan semua yang berada di sana selamat", katanya seperti yang dilaporkan mStar online.
Remy juga memberitahu, dia sempat memberikan kata-kata semangat terhadap adiknya yang bertugas sebagai anggota tentera Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) di Seremban, Negeri Sembilan agar berjaya melaksanakan tugasnya dengan baik selain menjaga keselamatan diri.
“Saya sempat bertemu dengan adik saya di Lapangan Terbang Subang pada Isnin lalu dan memberi kata-kata semangat kepadanya dan juga rakan-rakannya yang lain yang terlibat dalam misi ini,” katanya.
Biarpun sebelum ini adiknya pernah dihantar ke Lubnan selama setahun kerana menyertai misi tentera pengaman, perasaannya berbeza dengan keadaan sekarang.
"Dulu ketika dia dihantar ke Lubnan selama setahun saya tidak begitu bimbang tapi kali ini perasaan saya itu lain macam sikit kerana dia berjuang untuk negara sendiri," katanya.
Tambah Remy lagi, adiknya baru sahaja menamatkan zaman bujang awal bulan lalu dan baru mula bekerja semula selepas cuti berkahwin.
Remy sentiasa mengikuti perkembangan mengenai aktiviti pencerobohan yang berlaku di Sabah dan berharap ia dapat diselesaikan secepat mungkin tampa berlakunya lebih banyak pertumpahan darah.
Remy turut menzahirkan rasa hormat dan takziah terhadap beberapa wira negara yang terkorban dalam perjuangan menentang penceroboh negeri itu.
Dalam kejadian 12 Februari lalu, lebih 100 anggota kumpulan lengkap bersenjata dan berpakaian celoreng tentera yang dipercayai pengikut Sultan Sulu dari Filipina mendarat di pesisiran pantai Lahad Datu dengan menaiki bot pancung.