Sehingga pukul 12 tengah malam tadi, jumlah pengganas Sulu yang terbunuh dalam serangan besar-besaran tersebut ialah 30 orang tetapi status ketua pengganas, Raja Muda Azzumudie sehingga kini masih menjadi tanda tanya walaupun terdapat khabar mengatakan dia terbunuh.
Jumlah tersebut menjadikan keseluruhan pengganas Sulu yang berjaya ditumpaskan ATM dan PDRM sehingga kini ialah 49 orang, manakala di pihak anggota keselamatan negara pula, tiada sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam operasi itu. Tahniah ATM dan PDRM - Utusan