Adik Sultan Jamalul Kiram III, Raja Muda Azzumuddie, 62, yang mengetuai operasi pencerobohan ke Lahad Datu, Sabah pada 9 Februari lalu dipercayai sedang bersembunyi di kawasan Kampung Tanjung Batu yang terletak kira-kira sembilan kilometer dari Kampung Tanduo.
Kampung Tanduo merupakan kawasan pertama diceroboh Azzumuddie bersama 180 pengikutnya yang lengkap bersenjata. Mereka menyusup masuk dengan menaiki bot pancung dari kepulauan Sulu ke Sabah.
Mengikut laporan kosmo, ada maklumat mengatakan Azzumuddie telah terselamat ketika serangan menggunakan pesawat pejuang, kereta perisai dan askar berjalan kaki yang dilancarkan pihak berkuasa tepat pukul 7 pagi semalam.
Teori bagaimana mereka melarikan diri terbahagi kepada tiga :-
Pertama - Pengganas Sulu telah membuat laluan bawah tanah dan laluan tikus ekoran mereka telah berkubu di kawasan kampung tersebut sejak lebih tiga minggu lalu.
Kedua - Keluasan kawasan tersebut menyebabkan pihak berkuasa menghadapi sedikit kekangan untuk mengawal keseluruhan tempat. Jadi mereka boleh melarikan diri ke kawasan yang tidak dikawal untuk bersembunyi.
Ketiga - Pengganas mengambil kesempatan keluar dari kampung ketika pihak berkuasa mengeluarkan arahan kepada penduduk supaya mengosongkan rumah. Mungkin mereka ikut jalan berlainan dengan penduduk untuk mengelakkan daripada dicekup.