“Ketika mengadakan raptai persembahan, saya dapati Uji gagal untuk memenuhi beberapa peringkat “bunyi” yang ditentukan.
“Ia adalah berpunca daripada masalah kesihatan yang dihadapinya dan jika dia diberi peluang juga membuat persembahan, pelbagai risiko besar berkemungkinan akan berlaku.
“Pihak jurutera yang terlibat dalampersembahan berkenaan juga enggan menanggung masalah,”
Penjelasan Datuk Ramli MS ini memang munasabah tetapi isu sebenar yang timbul adalah disebabkan oleh kegagalan pihak TV3 untuk meminta maaf secara terbuka kepada Uji Rahsid. Kegagalan inilah yang menyebabkan Uji Rahsid begitu terkilan dan sakit hati. Sesiapa pun akan sakit hati kalau diperlakukan sedemikian rupa.

