Home » » Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia maut dalam kemalangan

Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia maut dalam kemalangan


Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia maut dalam kemalangan - Semalam, Harian Metro melaporkan bahawa Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia, B Sivam, 35, dan pemandunya Hazrin Hasan, 35, yang menaiki pacuan empat roda maut dalam kemalangan di kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, jam 9 pagi tadi.

Mangsa bersama seorang pemandu Kementerian Sumber Manusia yang dalam perjalanan dari Putrajaya ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec), Melaka, untuk program penyerahan baucer buku dan dan MOU dengan Asia E Univesiti yang dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Subramaniam berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan seorang kakitangan ketika dia dalam perjalanan ke Alor Gajah dari Segamat, Johor.

Beliau berkata Sivam datang dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengannya di Alor Gajah.

“Pihak polis memaklumkan kejadian kepada pihak kementerian yang kemudian memberitahu saya dan saya segera bergegas ke Hospital Tampin,” kata Subramaniam ketika dihubungi di sini.

Subramaniam berkata, beliau masih menunggu laporan lanjut mengenai kejadian itu daripada pihak polis.


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger