Kalau Aisyah jadi calon PAS, memang betul pun. Memang berkelayakan pun, meskipun dia tidak kerap mengeluarkan kenyataan-kenyataan di Twitter atau di Facebook untuk menunjukkan dia sudah diangkat menjadi USTAZAH SEGERA meskipun tak lulus baca alif, ba, ta.
Setidak-tidaknya kelulusan akademik yang ada padanya, jauh mengatasi kelulusan SPM gred 3 Abby Abadi, kelulusan bouncer kelab malam Bob Lokman, atau SPM pangkat 'S' Hairie Othman, melayakkan dia untuk jadi calon PRU PAS di Jempol atau di mana-mana sahaja.
Biarpun pernah dan masih lagi menyanyi, Aisyah setidak-tidaknya mempunyai pakej pelajaran yang lebih baik berbanding STAR-STAR MALAP PAS seperti Abby Abadi yang gilanya sehingga sanggup menjual nonok di London dengan harga RM50,000. Kalaupun masalah peribadinya mungkin sedikit 'gila', namun Aisyah sekurang-kurangnya tidaklah gila meroyan seperti Abby Abadi atau mencuri titik peluh orang lain seperti Bob Lokman, mahupun pernah ditangkap khalwat dua kali seperti Hairie Othman.
Berdasarkan sejarah, busuk hati puak-puak berdengung tapi berlagak pandai macam Abby Abadi, Bob Lokman dan Hairie Othman terhadap Aisyah sudah tentu akan menerbitkan beberapa lagi kenyataan bengong. Tentu sekali golongan berkenaan tidak akan berpuas hati memandangkan Aisyah bukannya penceramah yang popular seperti Hairie Othman, Bob Lokman atau Abby Abadi. Apatah lagi Aisyah pula tidak pernah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam Pilihanraya Umum, tidak sebagaimana Abby Abadi yang sudah berangan-angan dan membayangkan akan bertanding di salah satu kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Bob Lokman di Kelantan dan Hairie Othman di Pendang, Kedah.
Cuma satu sahaja yang akan menarik perhatian... adakah Aisyah selaku calon PAS untuk Jempol, akan memandai-mandai mengeluarkan hukum seperti kali pertama dilakukannya dahulu? Adakah Aisyah akan terikut-ikut dengan gaya dan cara Abby Abadi yang memeriahkan TWITTER dan FACEBOOKnya dengan kebodohan dan kejahilan ilmu agama untuk menarik perhatian para penyokong dan pengundi? Atau adakah Aisyah akan berlakon gedebe yang kemudiannya insaf tetapi masih tidak mahu menyerahkan hak orang yang telah menjadi darah dagingnya sehingga anak sendiri berterabur lantaran diberi makan minum rezeki syubhah atau haram sepertimana Bob Lokman?
Rasa-rasanya, ramai yang sudah dapat menjangka apa yang akan dilakukan oleh Aisyah kerana dia adalah ahli PAS. Bila ahli PAS, pendoktrinan akan menjadikannya sebagai robot dan burung kakatua meskipun kelulusan akademiknya berkajang-kajang dan penuh di dinding!!!