Sudah dijangka dan telah pun diberitahu awal bahawa para penyokong Pakatan Rakyat telah diarahkan agar melakukan provokasi bagi mendapatkan reaksi atau tindak balas daripada penyokong-penyokong Barisan Nasional agar UMNO dan Barisan Nasional boleh dicop sebagai PENGGANAS dan pengacau!
Sekeping papan tanda yang mengandungi wajah Perdana Menteri, telah ditumbangkan. Kejadian berlaku di jalan utama Nibong Tebal ke Jawi. Perbuatan tersebut telah dikesan malam tadi.
Beberapa kejadian ganas telah dirancang dan akan dilakukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat setelah mendapati Pakatan Rakyat yang mengandungi PAS, PKR dan DAP tidak lagi mendapat sokongan daripada rakyat.
Keadaan tersebut amat meresahkan memandangkan Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim sangat mengharapkan yang mereka boleh menguasai Putrajaya atau sekurang-kurangnya mengekalkan penguasaan di beberapa buah negeri termasuklah di Pulau Pinang.
Dijangkakan, lebih banyak vandalisme dan provokasi akan dilakukan oleh para penyokong Pakatan Rakyat atau mereka yang telah diupah oleh Pakatan Rakyat untuk melakukan perbuatan berkenaan. Ini adalah kerana, dalam keadaan dan situasi yang serba tidak memihak ini, Pakatan Rakyat mengharapkan huru-hara akan tercetus dan rakyat akan melihat UMNO dan Barisan Nasional sebagai puncanya.
Kempen-kempen yang memburuk-burukkan UMNO serta Barisan Nasional untuk pelbagai insiden buruk telah pun dimulakan oleh Pakatan secara agresif.
Ramai yang menunggu, siapakah yang akan dijadikan mangsa atau dibunuh oleh perancang-perancang utama Pakatan Rakyat untuk menaikkan sentimen dan kemarahan rakyat kepada Kerajaan UMNO-BN. Sekarang pun, mereka sudah melabelkan Kerajaan UMNO-BN sebagai 'BEKAS KERAJAAN'. Mereka cuba menimbulkan persepsi bahawa sekarang ini, Malaysia tidak mempunyai sebarang kerajaan walaupun dalam Perlembagaan negara, tidak wujud langsung istilah Kerajaan Awam Sementara apabila Parlimen dibubarkan.
Sememangnya Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR akan melakukan apa-apa sahaja yang mereka fikir akan dapat membantu mereka untuk menang, sekalipun perbuatan tersebut akan mendatangkan kesusahan kepada majoriti rakyat!!!