KUALA LUMPUR 1 APRIL: Penyanyi Yasin Sulaiman dipanggil Suruhanjaya Komunikasi & Mulitimedia Malaysia (SKMM) jam 3 petang ini di Bangunan Sultan Abdul Samad, Jalan Raja Kuala Lumpur.
Setiausaha Kerja Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Syed Badli Shah ketika dihubungi memaklumkan pihak SKMM mahu merakam percakapan Yasin.
Yasin pada Konvensyen Pakatan Rakyat 25 Februari lalu. Yasin sebelum ini menerima dua mesej ugutan bunuh menerusi akaun Youtube miliknya selepas memuat naik lagu Reformasi sempena Konvensyen Pakatan Rakyat ke-4 pada 25 Februari lalu.
Mesej berkenaan ditulis pemilik akaun bernama ‘Azzali Abdul Aziz’ mengugut untuk memijak-mijak penyanyi itu sehingga lumat manakala ‘Pencinta Muzik’ menulis, ‘Yasin patut dibunuh’.
Pengugut kemudian menarik semula ugutannya dan meminta maaf menyebabkan Yasin membatalkan hasrat membuat laporan polis.
AMK pada 17 Februari lalu melancarkan video klip lagu ‘Reformasi’ nyanyian Yasin yang menjadi lagu rasmi kempen AMK di seluruh negara.
Yasin adalah duta rasmi kempen pilihan raya AMK akan bergerak mengelilingi Malaysia dan turun ke setiap kawasan ditandingi calon AMK ~keadilandaily