Home » » Eina Azman tidak mahu dikaitkan dengan Afiq Muiz

Eina Azman tidak mahu dikaitkan dengan Afiq Muiz


Eina Azman tidak mahu dikaitkan dengan Afiq Muiz - Tiga bulan lepas, kita dikejutkan dengan kontroversi pelakon, Afiz Muiz yang didakwa telah menderhaka kepada ibunya dan isu berkenaan berlarutan selama beberapa minggu sehingga melibatkan pelakon wanita, Eina Azman.

Ekoran itu, Eina yang merupakan teman wanita Afiq Muiz telah dikritik hebat oleh peminat selepas dia mengeluarkan kenyataan kurang matang yang menganggap ibu kepada pelakon lelaki itu sebagai gila kerana berkeras tidak mahu meminta maaf kepadanya.

Dalam perkembangan sama, Eina turut meberitahu bahawa dia ingin menyaman ibu Afiq jika gagal menyatakan permohonan maaf dalam tempoh tujuh hari.

Setelah tiga bulan kontroversi itu menyepi dan semakin dilupakan, timbul pula kenyataan terbaru Eina Azman menerusi laporan Sinar Harian yang mendakwa tidak mahu lagi dirinya dikaitkan dengan Afiq Muiz dan mengakui kini bosan dan serik dengan perkara yang telah berlaku.

"Kalau boleh Eina tak mahu lagi dikaitkan dengan Afiq. Kalau ada pertanyaan mengenai diri dia, tanyalah sendiri pada tuan punya badan. Eina agak serik setelah apa yang berlaku sebelum ini."

"Eina akui ada kata-kata Eina kadangkala terikut perasaan. Eina pun masih muda, kadangkala apa yang Eina katakan tidak sama dengan apa yang Eina maksudkan tetapi orang mudah salah faham dan menghukum Eina."


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger