Home » » Komen Aidil Zafuan isu ceraikan Rita Rudaini melalui SMS

Komen Aidil Zafuan isu ceraikan Rita Rudaini melalui SMS


Komen Aidil Zafuan isu ceraikan Rita Rudaini melalui SMS - Jika sebelum ini admin telah berkongsi tentang respon Rita Rudaini berhubung tindakan mengejut Aidil Zafuan menceraikannya talak satu melalui kiriman SMS, kali ini pula admin akan berkongsi respon dari pihak Aidil pula.

Menurut laporan Utusan Malaysia hari ini, kemuncak pergaduhan pasangan ini adalah disebabkan oleh tindakan Rita Rudaini meluahkan perasaan bengangnya terhadap Aidil Zafuan menerusi SMS.

Aidil yang diminta wartawan untuk memberikan respon berhubung kontroversi ini enggan memberikan sebarang komen kerana mahu menghormati Ramadan dan Syawal yang bakal menjelang.

Aidil turut meminta supaya semua pihak menunggu perbicaraan kesnya di mahkamah sebelum dapat menjawab isu lafaz cerai terhadap isterinya semalam.

“Saya tidak akan kata ya atau tidak sekarang ini. Tunggu saja di mahkamah nanti.” 

“Lagi pun, dia (Rita Rudaini) adalah ibu kepada anak-anak saya. Jika ada apa-apa yang berlaku antara kami, lebih elok jika ianya diselesaikan di mahkamah nanti.”


Share this article :
Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : - - Pusat Barang Mistik
Copyright © 2013. Pusat Batu Mustika Bertuah dan Azimat Maha Sakti - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger