Empat maut kemalangan ngeri di Sungai Petani, seorang putus kepala
Empat maut kemalangan ngeri di Sungai Petani - Jika dua hari lepas, kereta JPJ bertembung dengan dua kereta orang awam sehingga menyebabkan kecederaan tiga individu termasuk pegawai JPJ, semalam pula berlaku satu lagi kemalangan lebih teruk di Sungai Petani.
Menurut laporan yang diterbitkan Kosmo, kemalangan ngeri itu mengorbankan empat nyawa termasuk dua daripadanya tercampak keluar dari kereta selepas kenderaan yang dinaiki terbabas sebelum bertembung dengan sebuah lori di Jalan Sidam Kiri-Padang Serai.
Ketua Bahagian Trafik dan Ketenteraman Awam, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda, Deputi Superintendan Ahmad Kamil Ahmad berkata, kemalangan pada pukul 5.40 petang itu menyebabkan pemandu dan penumpang belakang kereta Nissan Sunny itu tercampak keluar dari kenderaan dinaiki dan menyebabkan salah seorang daripada mangsa itu putus kepala.
Menurut beliau, mangsa yang maut ialah pemandu kereta itu, Tan Sou Kim, 50, Tan Siew Chin @ Daod Serni, 45, dan kanak-kanak perempuan, Tan Jit May, 11.
Call Center Mistik
Phone :
+6283 866 777 808
+6287 835 212 444
BlackBerry :
23 17B 13E
Website :
WWW.ANTIK-MISTIK.COM