Video trailer KL Gangster 2 pecah rekod Malaysia
Video trailer KL Gangster 2 pecah rekod Malaysia - Pastinya filem prequel KL Gangster 2 ialah filem yang paling ditunggu-tunggu oleh peminat tatkala penayangannya di pawagan telah ditangguhkan sebanyak dua kali.
Apa yang menarik tentang filem ini, rata-rata peminat yang menonton video trailer KL Gangster 2 di laman youtube menyamakannya sebagai setaraf dengan filem-filem Hollywood seperti The Fast & Farious 6.
Sejak secara rasminya dimuatnaik di laman youtube pada 1 Ogos lalu untuk tontonan peminat, video trailer berkenaan telah memecah rekod Malaysia berdasarkan perolehan views sebanyak 404,815 hanya dalam tempoh 5 hari.
Wow, cukup menakjubkan bagi admin kerana tidak pernah ada filem Malaysia yang begitu cepat mendapat views melebihi 100,000 hanya dalam tempoh kurang dari 10 hari. Ini satu rekod dan sejarah baru dalam industri hiburan tempatan
Diharap, kehebatan aksi dalam video trailer itu tidak mengecewakan peminat yang mempunyai jangkaan tinggi. Apapun, setakat lima filem yang dihasilkan oleh Syamsul Yusuf, tidak ada satu pun yang pernah mengecewakan admin selepas menontonnya. Semua filem beliau memang mantap dan hebat.
Call Center Mistik
Phone :
+6283 866 777 808
+6287 835 212 444
BlackBerry :
23 17B 13E
Website :
WWW.ANTIK-MISTIK.COM